Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
- 2 cawan beras -rendam 8 jam
- 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
- 1 kepal nasi
- sedikit garam
- minyak masak
- 1/2 labu bawang besar
-
- Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus.
Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan
yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
- Masukkan garam dan kacau rata.
- Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan
naik.
- Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali
rata.
- Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.

IDLI
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Bahan-bahan:
300 gm
beras
250 gms kacang
dal hitam
2 sudu
makan nasi
Secubit
garam

Cara
penyediaan:
1. Rendam beras dan
kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.
2. Kisar beras dan nasi
sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara
berasingan.
3. Satukan beras dan
kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus
sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah
kari atau acar.

MURUKU
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.
Bahan-bahan: 3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Cara penyediaan:
1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak.
3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:
Post a Comment