Saturday 10 December 2011

Pengenalan

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita tak pernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang Malaysia yang popular satu ketika dahulu...

Friday 9 December 2011

Makanan Tradisional Orang Cina

CHAR KWAY TEOW


Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,
taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.

Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.





Bahan-bahan ( 2 orang ):

  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap manis
  • 2 pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
  • 1 sudu gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur





Cara penyediaan:


  1. UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.





DIM SUM
Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.












Resipi Dim Sum

Siew Mai
Bahan-bahan:



Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan (berbentuk bulat)

  1. 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
  2. 200 gram daging ayam, cincang
  3. 1/2 batang daun bawang, cincang
  4. 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
  5. cincang 1 biji telur
  6. 2 sudu makan tepung maizena
  7. 1 sudu makan air kunyit
  8. 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  9. 1 sudu teh gula pasir
  10. 1 1/2 sudu teh garam
  11. 1 sudu makan kicap masin
  12. 1 sudu teh minyak bijan
  13. 1 sudu makan air
  14. 1 sudu makan minyak

Cara penyediaan:

Isi:

  1. Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.
  2. Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.
  3. Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.
  4. Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.
  5. Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.
  6. Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.

   







Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai sarapan pagi, ini merupakan cara makanan tradisional tersebut dihidangkan kepada pelanggannya.





Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.

NASI PULUT CINA
Makanan tradisional ini ialah nasi pulut yang terkenal dalam kalangan kaum Cina.Nasi pulut ini disukai oleh orang ramai di seluruh negara.
Resipi Nasi Pulut Cina
Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris secara nipis)
  • Bahan-bahan A
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yang berwarna putih)
  • Bahan-bahan B
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya

Cara penyediaan:


  1. Persediaan awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng untuk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yang diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh.
  5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer untuk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan dengan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dengan chili sos yg pedas.


Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.


SIEW PAU
Makanan ini ialah siew pau. Siew pau mempunyai 2 jenis iaitu siew pau besar dan siew pau kecil. Bahan-bahan dalam kedua-dua siew pau adalah hampir sama dan cara memasak ialah mengukus. Cara siew pau dihidangkan amat istimewa iaitu dalam bekas buluh.

Makanan Tradisional Orang Melayu

DODOL





Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA



Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.


SLEMANG







Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.


JALA MAS





Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.


BUNGA PUDAK





Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.

BUAH TANJUNG





Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.


ASAM GUMPAL





Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.

HALWA MASKAT




Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.

KUIH HASIDAH





Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis.

NEKBAT





Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih

Makanan Tradisional Orang India

TOSAI






Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.



Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.




Resipi Tosai
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):


  • 2 cawan beras -rendam 8 jam
  • 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bawang besar

  • Cara penyediaan:


  1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
  2. Masukkan garam dan kacau rata.
  3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.
  4. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.
  5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.




  

IDLI

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.






Resepi Idli (Kuih beras kukus)


Bahan-bahan:


300 gm beras

250 gms kacang dal hitam

2 sudu makan nasi


Secubit garam



Cara penyediaan:


1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.

2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.

3. Satukan beras dan kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar.


  


MURUKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.








Resipi Murukku
Bahan-bahan:
3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari




Cara penyediaan:
1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak.
3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.