Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita tak pernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...
Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang Malaysia yang popular satu ketika dahulu...
Saturday, 10 December 2011
Friday, 9 December 2011
Makanan Tradisional Orang Cina
CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,
taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.
Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.
Bahan-bahan ( 2 orang ):
- * UTK PASTE *
- 200 gm udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap pekat
- 3 sudu kicap manis
- 2 pati ikan bilis / pati udang
- 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
- 1 sudu gula
- * UTK MEE *
- 300 gm kuey teow
- 1 sudu cili boh
- kerang
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji telur
Cara penyediaan:
- UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir
masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
- Campurkan
semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi
paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam
peti sejuk.
- UTK
MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan
udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah.
Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
- Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.
DIM SUM
Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Resipi Dim Sum
Siew Mai
Bahan-bahan:
Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.
Siew Mai
Bahan-bahan:
Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan
(berbentuk bulat)
- 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
- 200 gram daging ayam, cincang
- 1/2 batang daun bawang, cincang
- 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
- cincang 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung maizena
- 1 sudu makan air kunyit
- 1/8 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh gula pasir
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan air
- 1 sudu makan minyak
Cara penyediaan:
Isi:
- Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.
- Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.
- Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.
- Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.
- Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.
- Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.
Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai
sarapan pagi, ini merupakan cara makanan tradisional tersebut dihidangkan kepada
pelanggannya.
Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.
NASI PULUT CINA
Makanan tradisional ini ialah nasi pulut yang terkenal
dalam kalangan kaum Cina.Nasi pulut ini disukai oleh orang ramai di seluruh
negara.
Resipi Nasi Pulut Cina
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras pulut
- 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
- 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
- 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris secara nipis)
- Bahan-bahan A
- *2cm halia (*dikisar)
- *1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil gula halus
- 1 sudu kecil minyak bijan
- ½ sudu besar sos tiram
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil tepung jagung (yang berwarna putih)
- Bahan-bahan B
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- *1 sudu besar kicap hitam
- *1 sudu besar sos tiram
- *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- *½ sudu besar minyak bijan
- *Serbuk lada putih secukupnya
Cara penyediaan:
- Persediaan awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam.
Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan
dalam peti sejuk).
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang
kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
- Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng untuk 1-2 minit.
Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
- Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yang
diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh.
- Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan
biar nasi dalam kuali ke steamer untuk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas
kukus, permukaannya akan jadi kering.
- Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan dengan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dengan chili sos yg pedas.
Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan
tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat
juga udang dalam chee cheong fun.
SIEW PAU
Makanan ini ialah siew pau. Siew pau mempunyai 2 jenis
iaitu siew pau besar dan siew pau kecil. Bahan-bahan dalam kedua-dua siew pau
adalah hampir sama dan cara memasak ialah mengukus. Cara siew pau dihidangkan
amat istimewa iaitu dalam bekas buluh.
Makanan Tradisional Orang Melayu
DODOL

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.
LEMPENG KELAPA

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.
SLEMANG

Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.
JALA MAS

Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.
BUNGA PUDAK

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.
BUAH TANJUNG

Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.
ASAM GUMPAL

Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.
HALWA MASKAT

Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.
KUIH HASIDAH

Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis.
NEKBAT

Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih

Makanan Tradisional Orang India
TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
- 2 cawan beras -rendam 8 jam
- 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
- 1 kepal nasi
- sedikit garam
- minyak masak
- 1/2 labu bawang besar
-
- Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus.
Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan
yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
- Masukkan garam dan kacau rata.
- Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan
naik.
- Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali
rata.
- Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.

IDLI
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

300 gm
beras
250 gms kacang
dal hitam
2 sudu
makan nasi
Secubit
garam

Cara
penyediaan:
1. Rendam beras dan
kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.
2. Kisar beras dan nasi
sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara
berasingan.
3. Satukan beras dan
kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus
sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah
kari atau acar.

MURUKU
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.
Bahan-bahan: 3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Cara penyediaan:
1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak.
3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Subscribe to:
Posts (Atom)